Friday, 1 January 2010

Faiza Faragtafansab


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah3x.."Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)"(94:7)..

Itulah yang saya sangat-sangat perlukan sekarang ni..Mujahadah n istiqamah..Balik ke Malayasia bukanlah bererti sebuah penamat..Tapi sebenarnya hanyalah sebuah permulaan yang sebenar..
"Ala tau, bukan la nak balik sangat kan"..Kata seorang adik saya..
"Bape lame plak nak cuti-cuti Malaysia ni"..Tanya pakcik saya pula..
Selalu rase nak belah badan..Kalau dulu-dulu belah badan sebab nak tinggalkan 1 kat Edin n Glasgow..Kalau sekarang pulak, rase nak tinggalkan 1 kat UK n 1 kat sini..Huhu..Tapi teringat pada seorang ukhti yang dekat di hati ni pernah cakap kat saya.."Akak, iAllah tula tempat yang terbaik Allah tetapkan tuk akak berada mase tu k..Sabar eh"..Jazakillah khair ukhti selalu ingatkan saya yang selalu terlupa ni..

Ukhti Fillah..
Pulangnya Angah bererti kembali..
Kembali bererti pasti..
Meskipun sebenarnya tak pernah pergi..
Yang sebenarnya selalu ada di sisi..

Widad Mu'nisah..
Terlalu banyak untuk dikongsi..
Sampai tak terungkap segala isi..
Rindu di hati semestinya pasti..
Ya Rabb, tautkan hati-hati kami..

Sinatul Hayah,
Antunna selalu dekat di hati..
Harapan untuk bertemu lagi..
Walau bukan di dunia ini..
InsyaAllah, di syurga Allah nanti..

InsyaAllah, semoga kita semua jadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan bersbar akan setiap dugaan yang mendatang..Agar menjadi golongan yang beruntung..Fastabiqul Khairat..Doakan saya yea semua..Wallahua'lam..

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."(29:69)












4 comments:

cassandra 'ashiq said...

baca dgn linangan air mata..
huhuhu..fastabiqul khairat..
org mu'min itu campaklah di mana sahaja, akan mengeluarkan hasil yang memakmurkan insyaAllah..
doakan kami di sini ye..

Adrenaliqa said...

Walau jauh dimata, namun tidak di hati..kerana hati kita sentiasa bersama..InsyaAllah;)

Anonymous said...

kak, ada rezeki balik kampung lagi ya! ;)
liqa minggu ni di syifa. mesti rindu. huaa

zahrah said...

huhu,

akhirnya terlaksana mandat,
jgn stop berkongsi dgn kita orang ye,
yg jauh di mata. but dekat di ....:-)

Post a Comment