Thursday 31 December 2009

Tahun Baru


Menyusuri lorong-lorong yang penuh liku,


mehnah hidup yang tak berkesudahan,


tetapi bahagianya ada di sepanjang perjalanan,


jika segala yang diusahakan demi menggapai redhaNya.




Aku merasa pelik apabila manusia bergembira menyambut kedatangan tahun baru. Kerana hatiku sayu dan amat pilu memikirkan masa-masa yang telah berlalu yang tidak kugunakan untuk mencari redhaNya. Hatiku meronta-ronta kepedihan apabila teringatkan umurku yang makin bertambah dengan kehadiran tahun baru ini. Di manakah dan dengan apakah masaku kelak bakal dihabiskan. Adakah untuk Islam atau hanya sekadar memenuhi nikmat duniawi yang takkan pernah cukup.


Aku lagi bertambah bingung apabila umat Islam bersungguh-sungguh menyambut kedatangan tahun Masihi berbanding tahun Hijri. Di facebook, masing-masing saling bertukar ucapan 'Happy New Year'. Di Malaysia, pelbagai konsert 'Ambang Tahun Baru' dihidangkan kepada para penduduknya yang makin hilang dalam nafsu keseronokan, tenggelam dalam nikmat keduniaan. Pada malam itulah maksiat berleluasa, dara menjadi korban nafsu serakah, arak menjadi penghilang dahaga dan jalan menjadi landasan perlumbaan mat-mat rempit.


Lihatlah September nanti akan banyaklah bukti kemaksiatan dan zina yang berlaku di malam "Tahun Baru" dengan banyaknya anak luar nikah yang lahir dan dibuang di sana sini. Sama jugalah dengan fenomena Ambang Kemerdekaan, akan banyaklah bayi yang tidak bernasab lahir di bulan Mei. Bukalah matamu hai manusia yang diberikan akal. Masyarakatmu makin hancur ditelan arus kebaratan.


Mungkin kamu sudah cukup baik, tetapi bagaimana dengan rakan-rakanmu yang lain? Bukankah telah dinyatakan dalam Al-Asr,


" Demi Masa, Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk menjunjung kebenaran dan saling menasihati supaya bersabar."


Ya, sahabat, Allah telah bersumpah dengan masa bahawa kita akan berada dalam kerugian andai kita tidak berpesan ke arah kebaikan. Nak baik sorang-sorang bukan sikap seorang individu Muslim. Bagaimanakah bi'ah solehah boleh diwujudkan andai kita membiarkan kemungkaran berlaku tanpa kita berusaha menasihati si pelaku daripada terbeli dengan ajakan, bisikan sang "PENJUAL NAFSU".


"Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhannya manusia;

Raja manusia;

Sembahan manusia;

dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi;

yang membisikkan kejahatan ke dalam dada-dada manusia;

dari golongan Jin dan MANUSIA."

(An-Nas: 1-6)


Ya, kita boleh jadi sang 'penjual nafsu' secara sedar ataupun tidak.

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

"Siapa yang mengajak kepada petunjuk maka untuknya pahala semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Siapa sahaja yang mengajak kepada kesesatan maka atasnya dosa semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikit pun."
(H.R. Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tarmidzi, Abu Ya'la dan Ibn Hibban)


Nak berpesan kepada diri sendiri dan mengajak yang lain juga untuk sama-sama kita amar ma'ruf wa nahi munkar. Marilah saling mengingatkan ke arah kebaikan menghalang kemungkaran sebagai tanda ukhuwah kita benar kerana Allah.

Wednesday 30 December 2009

" Bahagia bukan di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan. It's not a destiny, but a journey. Orang yang bahagia tidak akan sempat bertanya apakah aku bahagia"


" Andai diri terasa lemah, bangunlah bermunajat kepadaNya. Dengan izinNya yang lemah mampu dilihat gagah, yang sedih terluka mampu dipandang ceria, yang resah gelisah mampu menjadi tenang. Sedikit pengorbanan selamanya kan terasa nikmatnya. Adakala Dia memberi sebelum sempat kita meminta, kerana dia lebih mengetahui perihal keperluan hambaNya selayaknya Dia sebagai tuan kepada hambaNya. Adakala pula Dia mengambil semula apa yang telah dikurniakanNya sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji keimanan hambaNya dan menaikkan darjat hambaNya yang bersabar dan kembali kepadaNya; merayu, merintih, dan meminta belas ihsanNya."


Tuesday 29 December 2009

Winter, Snow & Mujahadah

Winter, Snow & Mujahadah..





Pertama kali melihat salji yang turun di depan mata,

Hatiku sebak, terharu, terasa luruh jantungku..

Aku terkedu sejenak memikirkan kasih sayang Allah kepadaku,

Lantas kuluahkan lembut Subhanallah, walhamdulillah..

Syukur ya Allah, atas nikmat nyawa yang Engkau beri,

Nikmat keberadaanku di bumi asing UK ini,

Aku masih lagi mampu menyaksikan satu lagi antara berjuta tanda kebesaranMu..

Lantasku tertanya, apakah ada ayatMu yang menceritakan titisan putih salji ini di dalam KalamullahMu.. Kerana ku telah seringkali diperdengarkan dan membaca tentang kebesaranMu dalam penciptan langit, bumi, siang, malam, laut, hujan dan sebagainya tetapi belum pernah aku meniti ayat berkenaan salji; mungkin kerana sebelum ini aku tidak merasai keindahan salji. Rupanya ada, Subhanallah.. Aku terkedu buat kedua kalinya..

Tidakkah engkau melihat Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) salji dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakanNya butiran-butiran salji itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan“ (An-Nur: 43)

Subhanallah, Astaghfirullah..

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan“ (Ar-Rahman)

Ya, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai manusia?

Musim sejuk yang kulalui buat pertama kalinya juga menduga sekuat mana mujahadahku melawan nafsu malas, makan, tidur. Kesejukan musim yang mana malamnya amat panjang ini menggalakkn hibernasi. Tidur dan makan menjadi agenda utama bagi kebanyakan manusia. Tetapi adakah di musim sejuk ini,segala aktiviti seharian menjadi terbatas, malas keluar berusrah, berdaurah, belajar, bermasyarakat. Adakah kita yang telah digalasi dengan tanggungjawab sebagai khalifah dah hambaNya mahu ikut berhibernasi seperti beruang putih di kutub utara? Adakah potensi diri juga mahu dibekukan di musim ini? Walhal, musim sejuk inilah kita diberi cuti, maka makin banyak pahala yang boleh direbut.

Tetapi ramai yang memilih untuk terus duduk dan tidak berbuat apa-apa. Melayan nafsu makan, tidur dan bermalas-malasan di atas katil, diselimuti duvet yang menghangatkan tubuh. Aku lalu teringat pada sebuah pesanan:

“Terlalu banyak makan, hatikan mati; terlalu banyak tidur, akalkan lembab; dan terlalu banyak bercakap maka akan banyaklah dosa kerana banyaknya salah dalam berkata-kata“.

Marilah bersama-sama memanfaatkan sisa-sisa masa dengan sebaiknya kerana kita tiada pengetahuan tentang bila masanya ajal akan tiba, lebih menyedihkan lagi apakah hujah kita dihadapanNya kelak apabila Dia bertanyakan dimanakah masa kita digunakan.

”Apabila kita tidak berbuat sesuatu, musuh kita (golongan Kufar) sedang berbuat sesuatu“

Monday 28 December 2009

JIWA JIWAMU SATU

bertemu dan berpisah itu adat..

yang penting niat..

jika nawaitu kita kerana ALLAH..

maka kita bukan setakat bertemu di Malaysia...

malah yg paling manis...kita bertemu semula di syurga....Janji ALLAH itu pasti....