Wednesday 21 April 2010

Dan Waktu Itu..

Rase cam da lame tak menconteng2 di sini..Sebenarnya memang sangat lame..Teringat mase2 begini setahun yg lepas..Tengah berhempas pulas tuk final exam Masters..Mase tu juga Allah uji yg sangat hebat..Tertinggal train balik sorang2 dari Prague..Konon nak balik awal study la coz paper back to back..Pastu ade 6 ke 7 papers nak exam..Dalam mase yang sama nak kejar pegi SC EIRE kat Belfast..Pastu mase nak ke pegi sana tertinggal flight plak ngan Razeen sebab salah diri sendiri..Kene beli tiket baru yg bole tahan la harganya (tiket yg burn tu cuma GBP5 je)..Pastu balik awal jugak sebab misinformation pasal program tu..Balik je dapat tau Allahyarham Aki dijemput pulang..Tapi apa yang cuba nak sampaikan kat sini ialah perancangan Allah tu selalu yang terbaik..SubhanAllah wa Alhamdulillah..

Even tertinggal train, tapi Allah plan untuk kenalkan dengan akhawat Birm..Mase tu flight dari Prague touch down kat Birm..Sebab tu je yang murah dari Prague ke UK..Ingat lagi, jumpa Fifah tu skali je..Die ikut K.Aisyah bagi pengisian kat kiteorang kat Edin..Tapi bile call die cakap nak tumpang, die xtanye banyak pun..Die cuma cakap "Ok, akak naik train sampai Sally Oak, nanti saya amik akak kat train station"..SubhanAllah, manisnye ukhuwwah..Orang yang rase je yang akan faham, InsyaAllah..Nasib baik jugak harga train tiket baru pun tak mahal sangat sebab ade lagi advance tiket available..Alhamdulillah..

Tertinggal flight ngan Razeen pun drama jugak..Ni seme sebab salah info..Mase tu memang tak biasa la lagi dengan Glasgow..Tak macam skang, kalau tanye pasal Glasgow..InsyaAllah, bole la jawab..Tak tau la plak yang ade 2 airport..1 dekat, Glasgow Airport n 1 sangat la jauh, Prestwick Airport..Dalam pada confius2 tu..Call K.Aisyah..Die cakap Prestwick Airport tu dalam 45minit dengan kereta atau train..Rase mase tu less than 1 hour je lagi gate closed..Hasil syura dengan Razeen..Kiteorang nekad nak try je pegi dengan cab..Memang sampi je, gate da tutup 5 minit..AllahuAkbar..Sisters Belfast da roger2 tanye kiteorang kat mane..So, pendekkan cerita..Esok subuh la baru kiteorang amik flight ke Belfast dari Edin..Means, kiteorang patah balik semula ke Edin..Tapi, SubhanAllah..Mase tu kiteorang takde la regret sangat..Ye la kene patah balik semua, beli tiket baru lagi..Rupenye Allah nak bagi kiteorang kesempatan berdakwah kat Airport Chapel time tu..Mase tu tumpang solat kat citu..Pastu de 1 board ni tampal banyak doa..Konon2 nanti mintak tolong Prist yang datang tu tolong doakan..So, Razeen pun amik kesempatan tulis note pasal Allah n Islam..Tak ingat la die tulis ayat Quran mane..Pastu tampal kat citu..Pastu kiteorang macam de 1 rase yang tak boleh nak digambarkan..Rase macam tenang je..Kiteorang conclude, ini la sebab kenapa kite tertinggal flight tadi..1 lagi part best ialah balik singgah jap makan nasi sedap kat Edinburgh Mosque..Ermm, terase2 kesedapannye ni..Sampai tempat program esoknya, seme orang tau pasal cite kiteorang tertinggal flight sebab tak tau Glasgow ade 2 airport..Ustaz pun tau jugak..Malu je..

Sheep Island, Belfast yang tempat SC tu sangat la jauh dari town sebenarnye..Bole bayang tak kalau saya cakap jauh tu sampai takde phone reception..Tapi tempat tu cantik sangat..SubhanAllah..Dan waktu itu la..Allah izinkan saya diketuk dengan hidayahNya..Pengisian SJ dari seorang brother ni memang betul2 bagai menyepak2 muka n benar2 membuka mata serta hati..Hadis yang sepotong tentang halawatul iman itu sangat la terberkas di jiwa.."Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)..Dengan nekad balik nak tinggalkan semua hobi lagha yang telah merampas 25 tahun usia ini..Prison Break, Grey's Anatomy, Desperate Housewives n entah apa2 lagi bakal dibuang jauh entah ke mana..Alhamdulillah, tiada sedikit penyesalan pun..Ya Allah, biarkanlah aku terus dapat merasa nikmat rasa sebegini..Jangan Kau cabut ia dari hati ini..Amin..

Kan tadi cakap balik awal sebab tersalah info kan..Sebenarnya semua kiteorang kontijen Edin memang tersalah info..Seme beli tiket balik awal..Tapi saya dengan K.Hajar je decide nak balik jugak sebab exam kiteorang start awal..Hana, Razeen n Mimie stay sampai habis n sempat dengar Usul Isyrin..Sampai je Edin, rest jap malam tu dengan niat esoknya nak start studi dah..Bangun2 je dari tido, ade meseg kat Skype.."Salam ngah, nanti bile bangun call along, urgent, Aki da meninggal"..Betul ke ni..Owh, mungkin silap bace sebab tak basuh muka lagi..Pas basuh muka gosok gigi semua..Baca balik mesej tadi..Innalillahi Wainna Ilaihi Raji'un..Sungguh benar la apa yang saya bace tadi..Dengan teresak2 call Pahang..Sedu sedan, cuma bole cakap "Angah ni"..Suara lain dah tak keluar dah..Terbayang2 muka arwah time tu..Saya ni memang la sangat rapat dengan Aki ni sebab saya ni yang paling nakal n kuat mengusik..Tak ingat bila kali terakhir cakap dengan arwah..Sebab selalu kalau call mesti dia cakap.."Dah la tu, jauh ngat ni, abih duit tu"(loghat orang Temerloh)..Ari ni genap la setahun seminggu Arwah aki pergi..Semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..Amin..

Bila difikir2 semula..Ermm, semua perancangan dan susunan Allah tu memang yang terbaik..Kalau la saya terus stay program tu..Mungkin semua orang kat Pahang sibuk carik saya tak jumpa..Ye la call mungkin tak dapat sebab takde signal..Mesej kat skype, ym atau facebook semua mesti lambat berbalas sebab takde internet access..Dan saya percaya, episod 'tertinggal' segala macam jenis kenderaan tu pun sebenarnya adalah sign yang Allah nak beritahu..Saya akan tertinggal sesuatu n sesuatu akan meninggalkan saya..SubhanAllah..Tapi saya ok setelah mendpat picisan kata2 dari Razeen yang tak sengaja menyedarkan saya..Dia cuma cakap pasal konsep berserah diri kaitannya dengan Islam..Macam dalam ayat 2: 131.."(Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Serahkanlah diri (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku serahkan diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam"..Arwah aki saya dah berserah diri pada penciptaNya..Saya???

Sebenarnya tadi cuma nak tulis bittaufiq je..Tapi terpanjang pulak sampai ke mana entah..Itu waktu saya, sekarang waktu awak..Apa yang kamu semua sedang lalui sekarang ni, saya da pernah rase waktu itu..Berusaha la sampai ke titisan akhir..Tapi jangan lupa bertawakkal..Jangan pernah lupa berjayanye kita adalah dengan rahmat Allah, bukan sama sekali dengan usaha kita..Masa2 ni la pergantungan dengan Allah kene sangat kuat..Di samping tak mengabaikan hak2 Allah..

Waktu ini, kat Malaysia pun tengah demam nak exam jugak..Next month InsyaAllah..Bittaufiq Wannajah Lil Imtihan untuk WidadMu'nisah, Raudhatunnisaq, Sinatul Hayah, Razan Hayati dan Akhawati Fillah yang bakal exam tak lama lagi..

Wallahua'lam
Huda@Baiti Jannati
Temerloh
8.35 p.m

Friday 9 April 2010

Sharing semasa SCUK '10

Pertama kali ku mendengar perkataan Spring Camp dari naqibahku, dalam hatiku terucap "nak buat ape ye kat Spring Camp ni?” Wallahualam, aku hanya mengikut dgn taatnya.

Alhamdulillah ,bile smpi jer tempat tuh di Bromsgrove Birmingham, MasyaAllah,best sgt2. Ku lihat tanah yang luas, kehijauan merata-rata dengan matahari yg teriknya. Disebabkan kotigen Scotland merupakan salah satu kotigen yg dtg awal ke situ, apa lagi buatlah aktiviti sendiri iaitu main Frisbee bersama sisters lain.hehehe..sudah lamaku tak berpeluh krn jarang keluar ber’riadah’ di Glasgow krn cuacanya yg sgt sejuk! Alhamdulillah, sambil main2 tuh, makin ramai la sister-sister dr lokaliti lain yg sampai. Kami pun berhimpun utk menjalankan aktiviti ‘ice breaking’. Selepas ice breaking, berpecah kami kedlm kumpulan masing2.

Dalam pengisian pertama, yang disampaikan oleh ustaz Mazrul mmg sangat syok. Bukan setakat personalitinya yg selamba (dgn memakai snow hat) yg mecuit hati tp beliau sering kali mengkaitkan pengisian dgn kehidupan peribadinya. Dalam introductionnya, beliau mengingatkan yg kita semua kena duduk dlm sistem :- keluarga, usrah, kerja etc. Ini kerana manusia sering lupa, Allah mengajar kita supaya beristiqamah.Kerana kalau kita duduk didlm sistem, akan ade sentiasa seseorang yg mengingatkan kita. Apabila ku mendengar kata2 itu, terus ku teringat kembali beberapa hari lepas apabila aku sedang berperang utk menghadapi peperiksaan. Waktu itu aku keluar dr sistem sekejap, aku menutup semua tirai komunikasi dgn org luar. Akhirnya, aku merasakan diriku futur sekejap. Astagfirullah, ampunkan hambaMu.

Selepas itu, ustaz menceritakan serba sedikit tentang Himpunan Risalah by Hasan Al-Banna. Ustaz menekankan bagaimana kita nak buat dakwah ni. Bile kita start dakwah ini, perlu rasa SYU’UR iaitu meletakkan Allah didlm segala-galanya. Kadang2 tuh, terpikir jugak adakah aku ni bile nk berdakwah, cukupkah pergorbanan yg ku telah buat? Cukup yakinkah aku? Selepas ustaz menjelaskan panjang lebar kepentingan dakwah semua, barulah masuk tajuk utama, ‘Nahnu A’maliun’ (carilah maknanya dlm google). Mungkin skrg ni tak rase sgt sbb diriku masih belajar lagi tp after a few year, mgkn pengisian ini sgt bermakna bgku. Dakwah ini adalah bekerja siang malam tanpa mengharapkan apa2 balasan atau sanjungan dr. sesiapa malainkan Allah. Seperti firman Allah,
“….aku hanya bermaksud (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula aku kembali.” (Hud:88)

Kita mesti concern cara kita berkerja iaitu tak boleh taksub dan mestilah merendah diri sentiasa. InsyaAllah. Rakan2 ku! ingatlah aku especially apabile aku menjadi CEO Company Islam suatu hari nnt. Hehehe..:) Satu perkara yg ku ingat sangat2 dlm pengisian itu adalah cara pemilihan ketua berdasarkan Hasan Al-Banna, “pilihlah orang yg paling lemah diantara kamu dan sokonglah dia”. Akhir kata, ustaz pun menyarankan kpd kami semua sisters iaitu binalah RIJAL (pemuda2 islam) kerana pembinaan Rijal itu umpama sebuah enjin yg berguna utk manfaat umat. Jadi, pembaca-pembaca semua, binalah enjin yg bermanfaat!eerr.. maksudku, AR-RIJAL!!

Pengisian kedua iaitu tafsir surah abasa yg disampaikn oleh akhwat. Ya Allah, rasanya aku sudah menghafal surah ini sejak darjah 4 lagi tetapi ku tak mampu nak extract ape2 pengajaran pun dr surah ini. Alhamdulillah,dgn izinNya masih tak terlambat lagi. MasyaAllah apabila baca btul2 surah ini, sgt cantik susunannya, sungguh teratur. Cuba kamu yg tgh membaca blogku skrg ini , buka al-quran skrg dan tgk surah Abasa (surah ke-80), bacalah maksud setiap ayat yg dibaca btul2. Pendek je sebenarnya surah ini. Ada 4 mesej yg utama yg disampaikan; ayat 1 – 16 tentang kisah Abdullah bin Ummi Maktum, ayat 17 -23 menceritakan tentang ciptaan manusia, ayat 24-32 pulak menceritakan tentang nikmat Allah dan akhir sekali ayat 33 – 42 menceritakan tentang hari Kiamat. Okla, cerita dia mula2 mengisahkan tentang seorang hamba Allah ni bernama Abdullah bin Ummi Maktum,dia seolah2 sering kali menggangu Rasulullah ttp dia sebenarnya adalah seorang yg buta. Rasulullah ketika itu sedang berdakwah dgn pembesar2 di suatu tmpt ni. Sbb kena slalu ganggu kena si Abdullah ni, Rasulullah pun bermasam muka. Yelakan, Rasulullah tgh sibuk nk berdakwah kpd pembesar2 lg, yg si buta ni menyibuk je kan. Lalu Allah pun menurunkan ayat 1 hingga 16 utk menegur Rasulullah. Bayangkan, Rasulullah pun kena tegur direct oleh Allah kan tp Rasulullah tak simpan kat diri dia je kan. Kalau kita, kita kena tegur skit oleh mak naqibah kita, mesti kita malu2 pastu simpan je kan, tak nak britahu sape2. Ttp bkn Rasulullah, beliau terima teguran tersebut sebagai amaran dan beliau menyampaikan kpd kita supaya jgn buat mcm tuh. Pengajaran dr ayat 1 hingga 16 ini sgt la bykkan. Kita semua boleh fikirkan ape dia,InsyaAllah. Ayat dari 17 hingga 23 tuh pulak sungguh cantik.Subhanallah, sebelum org kafir dpt figure out mcmana manusia ni tercipta dr kajian scientific dorang tuh yg sbnrye manusia ni diciptakan dr setitis air mani. Padahal Allah sudah menceritakan ttg perkara ni beribu-ribu tahun dahulu. Slps tuh, ayat 24 hingga 32 menyuruh kita melihat dan memerhati nikmat2 yg diberi olehNya. Wallahualam, ayat2 ni muhasabah bg kite semua. Adakah kita benar2 mensyukuri nikmat2 yg diberi oleh Allah.?Nikmat makanan, nikmat nyawa, nikmat dpt belajar, nikmat bergembira, nikmat berkeluarga, nikmat ada kawan dll. MasyaAllah, list nikmat2 tuh boleh pjg lagi kan tp adakah kita benar menjalankankan tanggungjawab kita sbg muslim yg benar2 bersyukur??Wallahualam, tanyalah diri sendiri ye. Lastly, ayat 33 hingga 42 menceritakan ttg hari kiamat kan, tentang keadaan org2 yg beriman berwajah gembira dan org kafir berwajah masam.Hah!mana yg kita nak kan??mestilah kita nk berwajah gembira bila hari kiamat kan?? So, conclusionnya, surah ini sungguh tersusun kan. Kalau kita perasan,surah ini sbnrnya menceritakan ttg proses kitaran hidup manusia. Saat kita diciptakan dan berada didlm perut mak kita, menjalankan tanggungjawab kita sbg muslim utk mmberi peringatan, diberi nikmat dan akhirnya, saat kita dikumpul pada hari Kiamat dan dihisab mengikut dosa2 pahala2 kita. Wallahulam, maka tamatlah perbincangan kita.hehehe..insyaAllah sesiapa nk tambah kea tau nk komen, dipersilakan.

Alhamdulillah, overall program spring camp sgtlah BESTTTTT!!Bukan setakat dpt pengisian2 yg best kan, tp dpt manjalinkan ukhuwwah yg rapat bersama sister2 yg dtg dari negeri2 lain walaupun program hanya berlangsung selama 3 hari. InsyaAllah smpi sini je kot, nnt nak smbg lagi cerita psl jln2 kat Warsaw, Poland. Stay tuned.ceh..hehehe..:)

wallahulam,
arinah@warsaw