Thursday 18 February 2010

Hadiah untuk semua

Bismillahirrahmanirrahim.........

Ini ada hadiah untuk semua, dulu arwah nek pernah hadiah kan satu benda ni dekat cucu-cucu dia. Gigihnya dia nak cucu-cucu dia dapat hadiah ni, sampai arwah nek paksa jugak salin atas apa-apa kertas je yang ade masa tu. Dan ingat lagi masa tuh, kertas yang ada hanyalah cebisan tiket kapal terbang milik “cousin”. Tapi, siapa sangka kan, lepas tiga tahun arwah nek pergi, barulah faham kenapa beriya-iya arwah nek nak cucu-cucu dia dapat hadiah ni. Semuanya, alhamdullilah dengan izinnya…

Hadiah yang arwah nek tinggalkan, yang nak sangat-sangat kongsi dengan semua, hanyalah doa pendek ni;




(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Ya Tuhan kami. Berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk yang lurus bagi kami dalam urusan kami.” (18:10)



Arwah nek ada pesan jugak,

“awak amalkanlah doa ni bila ada kesusahan & kepayahan dalam apa pun urusan harian atau eloknya mulakan sesuatu tugasan dengan doa ni”

Mungkin masa arwah nek paksa salin dulu, adanya dalam keyakinan diri arwah yang hanya dengan pertolongan Allah, baru cucu-cucu dia akan berjaya dalam setiap urusan yang dikerjakan hanya bila adanya rahmat dari sisinya. Wallahua'lam.

Untuk kita semua, mungkin kita boleh sentiasa ingatkan diri, biar payah mana urusan yang kita bakal hadapi, iA dengan pertolongan dan rahmatnya, setiap yang sulit pasti ada kemudahan untuk kita. Dan jangan pernah berhenti berdoa kepadanya k.

....alhamdullilah..

Saturday 13 February 2010

Keajaiban Basmalah

Bismillahirrahmanirrahim
“Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Syaikh Muhammada As-Sanwani, Grand Syaikh Al-Azhar Mesir yang ke-13, dalam kitabnya yang bertajuk “Hasyiyah Ala Mukhtashar Ibnu Jamrah”telah mensyarahkan kitab Mukhtashar Shahih Bukhari telah menulis beberapa kisah reality yang berlaku dalam kehidupan seharian tentang keajaiban Basmalah.

Antara yang dimuatkan dalam kitab karangan beliau ialah kisah seorang sahabat Nabi yang bertemu dengan syaitan penggoda orang Mukmin dan syaitan penggoda orang Kafir. Sahabat yang diriwayatkan kisahnya itu bernama Abu Hurairah r.a. Syaitan penggoda orang Kafir itu tampil gemuk, segar-bugar, rapi, dan memakai pakain yang rapi lagi bagus. Tetapi, syaitan penggoda orang Mukmin hanya bisa tampil kurus kering, kusut, dan telanjang tidak berpakaian.

Berikut adalah dialog di antara kedua-dua syaitan tersebut.

Syaitan penggoda kaum Kafir: “Kenapakah keadaanmu amat menyedihkan, kau kurus kering, kusut, lagi tidak berpakaian?”

Syaitan penggoda kaum Mukmin: “Aku bertugas menggoda orang Mukmin yang selalu berzikir dan membaca Basmalah, menyebut nama Allah. Ketika hendak makan dan minum, ia membaca basmalah menyebut nama Allah, maka aku tetap lapar, dan haus. Ketika memakai minyak, ia menyebut juga Basmalah, maka aku tetap kusut. Dan yang lebih memalukan untukku, dia tetap melafazkan Basmalah ketika memakai baju sehingga aku tetap telanjang sebegini.”

Syaitan penggoda kaum Kafir: “Jikalau begitu, aku beruntung. Aku bersama orang Kafir yang tidak pernah menyebut nama Allah. Pada waktu makan ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku bisa makan bersamanya sampai puas, kekenyangan. Ketika minum juga ia tidak menyebut nama Allah, sehingga aku turut serta minum bersamanya menghilangkan dahaga. Ketika memakai minyak, ia tidak menyebut nama Allah sehingga aku ikut minyakkan diriku. Dan ketika memakai pakaian dia langsung tidak menyebut Basmalah sehingga aku ikut memakai apa yang disarungnya.
(Dipetik dan dimodifikasi daripada buku Di Atas Sejadah Cinta)

Jadi akhawat yang dikasihi marilah kita membasahkan lidah dengan ucapan Basmalah tiap kali melakukan apa juga perbuatan. Bukankah itu salah satu langkah untuk kita memperbaharui niat kita dalam melakukan setiap perbuatan untuk menggapai redhaNya? Bahkan ia juga mampu membawa keberkatan dalam setiap amalan. Berkesan juga untuk mengelakkan diri daripada melakukan dosa, kerana apabila kita telah menjadikan kebiasaan untuk membaca Basmalah di awal setiap perbuatan, bagaimana rasa jika awal melakukan dosa, kita mahu mengucapkan Basmalah.

“Bismillahirrahmanirrahim“.
Suatu kalimah pendek yang mampu memberi kesan yang mendalam bagi insan yang meneliti maksudnya, menangkap isi maknanya. Dialah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bukankah kita hidup di dunia ini dengan sifat ar-Rahman, ar-Rahim Nya?
Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan selamat beramal.

Saturday 6 February 2010

بسم الله الرحمن الرحيم

“Apabila Allah telah menjemukan engkau dari makhluk,

maka ketahuilah bahawa Allah akan membukakan untukmu perasaan jinak,

dan senang kepada Allah.”

Dimanakah segala gelak tawa, senda gurau, segala keseronokan yang mengisi hidupku.Kini aku hanya mampu menangis...Ya Allah hanya kepada engkaulah aku memohon keampunan.

Thursday 4 February 2010

Musibah

Bismillah…


Ayat-ayat cintanya tertulis,


Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan lah kabar gembira kepada orang yang sabar 2:155

Iaitu orang-orang yang bila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) 2:156

Kita sebagai manusia tidak akan pernah menjalani kehidupan tanpa musibah-musibah yang menimpa. Itulah hakikatnya kehidupan manusia, satu hari kita akan senang, bergembira, tanpa sebarang permasalahan…. tapi esok lusa siapa yang tahu?

Jadi apabila musibah itu menimpa, adakah kita akan terus dalam kekecewaan dan hidup hilang arah tujuan? Apakah baik kesudahannya nanti kalau kita terus begitu? Hrmphhh.
Tapi,ingatlah dia tak akan pernah biarkan kita sendiri bukan. Dia akan sentiasa mengikut sangkaan hamba-hambanya kepadanya. Dan tambahan lagi dia yang maha pengasih dan maha penyanyang memberi panduan dalam ayat-ayat cintanya, apakah yang boleh kita lakukan apabila ditimpa sesuatu musibah?


Pertama adalah sabar. Hanya dengan sabarlah, baru kita dapat duduk berfikir, mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Hanya dengan bersabarlah kita tak akan bertindak sesuka hati melakukan perkara-perkara yang kononnya dapat mententeramkan jiwa dan menghilangkan permasalahan seketika. Tapi apakah baik kesudahannya nanti apabila kita bertindak sesuka hati, di saat diri sangat-sangat dalam keadaan sedih dan tertekan? Jadi, marilah kita cuba sebaik mungkin untuk bersabar dengan musibah yang menimpa. Yakinlah di setiap kesulitan pasti ada kemudahan.


Dan yang kedua dan terakhir, ingatlah hanya padanya kita kembali. Bila di fikir-fikirkan, setiap permasalahan yang kita hadapi pasti ada penghujungnya bukan. Cuma payah mana kita menghadapanya, hanya dia yang maha mengetahui. Apa yang pasti, adakah permasalahan-permasalahan dunia yang kita hadapi akan di bawa mati? Hrmphhh. Ingatlah hanya padanya kita kembali….

Ya rabb, kuatkanlah diri ini, ampunkanlah dosa-dosa ku dan kurniakanlah rahmat diri sisi mu. Amin
p/s: To my friends, Jazakillah for the support


Monday 1 February 2010

Surah untuk kita, insan yang sentiasa diuji



Saya nak berkongsi ayat 2 dgn semua..

76:2
Sahih International
Indeed, We created man from a sperm-drop mixture that We may try him; and We made him hearing and seeing.
Tafsir al-Jalalayn
Verily We created man, the species, from a drop of mixed fluid, [from] a mixture, that is from the [seminal] fluid of the man and the [ovarian] fluid of the woman that have mixed and blended, so that We may test him, trying him with the moral obligations [of religion] (nabtalīhi is either a new sentence [‘We will test him’], or an implied circumstantial qualifier, meaning ‘intending to test him when he is ready’). So We made him, for that [very] reason, hearing, seeing.


We may try him (yang Kami hendak mengujinya)..

Pendek sahaja pernyataan dari ALLAH, tapi mengandungi isi yang sangat besar bagi mereka yang sedar hakikat penciptaan manusia. Syurga itu mahal harganya dan antara harga yang perlu kita bayar adalah dengan menghadapi segala ujian yang datang dariNya..setiap dari kita pasti telah melalui pelbagai jenis ujian dalam hidup ini dan sejauh mana kita menerima ujian itu sebagai tanda ALLAH sayang pada kita? Adakah kita merasakan yang demikian? Fikirkanlah wahai saudaraku sekalian..

Ujian bukan sekadar musibah..kadang nikmat itu juga satu ujian buat kita. Pernahkah kita alpa dengan nikmat dariNya? Jika nikmat membuatkan kita menjauhi ALLAH, sedar2kanlah..kerna itu satu ujian dariNya, buat kita yang seringkali alpa..

Penglihatan dan pendengaran dijadikan untuk kita menilai kehidupan melalui pilihan2 yang datang kepada kita. Kedua-duanya berfungsi sebagai alat untuk kita memilih jalan menuju ke arahNya..

Jalan menuju ke arahNya ---> kompas arah utara ^_^ jom kawan2..

"Tingkatkan amal, terus berusaha dan ajaklah saudaramu kepada kebaikan"

~nukilan ringkas @ WAFA~

Doa cinta


Ya Allah...kurniakanlah untukku cinta-MU dan cinta- cinta orang-orang yang mencintaiMU, serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU.

Ya Allah...segala pemberianMU yang aku sayangi, jadikanlah ia kekuatan bagiku untuk mencintaiMU. Segala yang engkau pisahkan dariku, sedangkan ia sangat aku sayangi, jadikanlah ia ruang untuk cintaMU dalam diriku.

Ya Allah ... berikanlah kekuatan untukku mengutamakan cintaMU berbanding cintaku kepada keluarga, harta dan air dingin ketika dahaga.

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU dan hamba-hambamu yang soleh.

Ya Allah...hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku hambaMU yang engkau cintai.

Ya Allah...berikanlah aku kekuatan untuk mencintaiMU sepenuh hatiku dan reda kepadaMU dalam setiap usahaku.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN........