Wednesday, 20 January 2010

Hidup satu ujian

“Mak,next week ada exam..takutla mak” begitulah aduanku tatkala musim peperiksaan akan menjelang..

Dengan lemah-lembut, mak akan membalas, “Nak takut apa,kan dah exam selalu dah..bacala apa yang patut dibaca..”. Kata-kata itu selalu membuat air mataku bergenang. Aku selalunya dapat agak,apa yang akan diperkatakan,cuma aku ingin lagi mendengarnya..

Betul kata mak,memang exam atau ujian itu sudah sebati dengan hidup kita. Bezanya,sama ada kita sedar atau tidak.Allah berfirman:

“Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu dan akan Kami uji perihal kamu” (Muhammad:31)

“Kamu pasti akan diuji dengn hartamu dan dirimu……..” (Ali Imran:186)
 

Kalau nak exam atau ada test , mesti kita dah bersusah payah buat persediaan untuk menghadapinya. Stay up sampai tgh malam baca modul, buat nota..Tapi adakah kita membuat persediaan untuk menghadapi ujian yang sebenarnya hari-hari kita hadapi? Mungkin kita terlupa,yang sebenarnya hidup ini satu ujian.. Berdirinya kita,duduknya kita,atau baringnya kita, sentiasa dinilai..cuma kita yang selalu lupa dan terleka,bahawa diri ini sentiasa diperhatikan.

Bezanya ujian ini dengan ujian kita di Universiti, kita tak tahu bila masa akan tamat. Selagi ada nyawa, ujian itu akan terus berjalan hinggalah ke satu masa yang telah ditentukan. Kita takkan tahu pon,sama ada kita dapat menamatkan ujian itu dengan baik atau tidak. Selesaikah kita menjawabnya? Di mana penutupnya? Wallahu’alam..Jawapan itu ada,cuma belum tiba masanya untuk kita ketahui.

Suatu hari nanti, bila rakaman hidup ini diputarkan semula..mesti kita banyak menyesal.Menghabiskan masa berjam-jam di hadapan laptop untuk melihat apa yang ‘kurang perlu’ untuk dilihat, bersembang tentang apa yang ‘kurang perlu’ untuk diperkatakan.. dan menangisi apa yang ‘kurang perlu’ untuk ditangisi..Jadi, bagaimana?

Hadapilah ujian ini secara tenang,jangan gopoh-gapah.. Kita ada modul / buku untuk dirujuk iaitu Al-Quran,kita ada ‘role model’ untuk dicontohi yakni Rasulullah, kita boleh berbincang sesama kita dalam ‘study group’ untuk menghadapi ujian ini. Kalau ada yang salah,tolong betulkan..kalau betul,beritahu pada orang lain,agar kita sama-sama lulus dalam ujian ini dan mendapat 'anugerah' di hari Konvokesyen kelak.

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barangsiapa dijuhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga,sungguh, dia memperoleh kemenangan,dan kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.”
(Ali Imran:185)



Ya Allah,jadikan umur terbaik hamba di penghujungnya, jadikan amalan terbaik hamba di penutupnya,dan jadikan hari terbaik hamba di saat bertemu dengan-MU.

Copy & paste from my own blog,
siti

0 comments:

Post a Comment