tika kau bersimpuh di sisiku
lututmu bertemu lututku
Aku amat berharap
satu hari
pasti kau menikmati
sebuah kehidupan
yang menjadi kehidupan buatku.
saban waktu
merasai nikmatnya
beningnya
halusnya
dan manisnya
Iman dan islam itu.
Dan benar
jalan ini tidak mudah
tidak dibentangkan dengan mawar
apatah lagi wangian di tengah jalan
Jalan ini terlalu akrab
amat sinonim
dengan episod-episod
bernama ujian
Kepayahan
kepenatan
kesusahan
semuanya akan menghimpit jiwa kita
menguji keikhlasan kita
menghentak keinginan kita
menjadikan jiwa kita lemah dan penat
di dalam peperangan
melawan arus ujian yang melanda
akhirnya kita kalah dengan ujian itu
dan terus bersendiri
menyepi membawa diri
menuju bahagia yang tak kunjung tiba ( kerana bahagia dicari itu hanya sementara sifatnya).
Kenapa ujian ini menimpa kita?
Kerana
mahar syurga di akhirat itu amat mahal harganya
untuk memperolehnya
perlukan pengorbanan
perlukan kesabaran
perlukan air mata bercurahan
Dan di situ Allah akan sangat membantu
ingatlah kalam Allah yang takkan pernah kering ini:
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)
Allah akan bantu kita,
jika kita mengorak langkah
dengan pasti dan yakin
walaupun seluruh dunia membenci kita
di saat kita mengatakan pada diri kita sendiri
lebih 5 hari dalam sehari..
قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Sunguh, Solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... hanya untuk ALlah
Di setiap nafas kita bergerak menujuNya..Allah akan bantu kita.
yakinlah dengan itu.
walaupun nafas kita penat
dalam mengharunginya
kerana di situ kita akan temui kehidupan itu
hidup yang luas,
panjang,
dan berkat masanya.
Nukilan dari,
muharikah
di nurasyiqah
2.30 am
0 comments:
Post a Comment