Monday, 4 January 2010

The first day i wear hijab,

Bismillahirrahmanirrahim..

Yup, as the tittle mentioned, it was on 3hijrah, Friday, last year. Why & how come I finally did… its a longer story. But what did I faced that day, was so unexpected and indeed funny in a way. Haha. See im laughing to myself, when I think of it.

So yup, I had usual lecture practically from 9am-5pm. Through out the day, I bumped into few friends and surprisingly it was my non-muslims friends who reacted the most that day for my new “look”, as how they call it. So, among the reactions were:

  1. Hey what happened to you? *(Malaysian “slank”- Hey what happened to you la wey?)
  2. Hey, is that you?
  3. Why does your head wrapped up? Is the cold weather that bad?
  4. Hey I never seen you like this?
  5. Is there something wrong happened to your head?
  6. Why suddenly you’re wearing it? I thought you’re the modern muslim?
  7. Hey I didn’t recognize you!
  8. So sad, now I can’t see your sexy hair anymore!
  9. Did you wear it because of someone?
  10. Aiiik, but why only now you wear it huh?

Hoho, those were the unthinkable reactions that honestly I was not expecting of it at all. Because on the first place, I thought my non-muslims friends would not even care, and as I was only expecting reactions from my muslims friends. It was so unexpected, that I practically stunned and didn’t even know how to answer each different question. But one thing helpful my housemate told me,... 'just smile'. No need to answer anything, they will understand later and except you in every way if they are your true friends. So yup that was exactly what I did through out the day. Only few days later I try to explain bit by bit, to those who keep on asking me about my new change, as they were indeed curious to know, why…..why only now?

Ya, allah forgive me for not being a good muslim after all this time. Forgive me for all my sins.

p/s: this is just a sharing, that I hope can help you if you were to be in the same shoes, iA in the near future. Love you sisterJ. And sorry if my writing is so laid back, as this is the very first time I ever write. Heee.

and to my “akak3 naqibah sayang”, hopefully with this entry “terlaksana lah” my promise to share about this. Sorry it takes such a long long long time to write it down. Hihi.

Sunday, 3 January 2010

10 soalan sebelum meminang

Masa dengar ceramah Ustazah Maznah di Birm hari tu, ustazah ada suruh baca artikel dia dalam Malaysia Harmoni. Artikel apa? Haa...tajuknya..10 soalan sebelum meminang. Haa.. ada yang tersenyum dah bila baca title nih.Hihihihi..

Ok, saya 'copy' terus masuk dalam blog ni sebab ramai jer malas nak korek artikel tu dalam Website malaysia harmoni tu.Enjoy reading dan manfaatkannya!

***********


Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah suatu perkara yang mudah. Perkahwinan bererti memasuki suatu alam yang berlainan sama sekali dengan alam yang pernah dilalui sebelumnya, bak kata Tan Sri S M Salim dalam salah satu lagunya, ‘dulu lain sekarang lain, dulu bujang sekarang dah kahwin’.Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengharapkan perkahwinan itu kekal bahagia buat selama-lamanya. Ramai yang berjaya. Namun tidak kurang pula yang kecewa.

Al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’, bekas kadi ahwal syakhsiyyah di Kuwait yang kini aktif mengadakan program-program berbentuk bimbingan kekeluargaan, berdasarkan pengalaman dan pengamatannya ketika mengendalikan kes-kes berkaitan dengan masalah rumahtangga menyimpulkan antara sebab berlakunya keretakan dan kegagalan dalam perkahwinan adalah kurang taaruf atau tidak mengenali antara satu sama lain dengan mendalam sebelum berkahwin.

Taaruf yang mendalam atau mengenali bakal teman hidup sebelum melangsungkan perkahwinan sangat penting demi menjamin kesejahteraan dan keseimbangan dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Ini tidak bermakna pasangan mesti melalui alam percintaan sebelum berkahwin, kerap bertemu dan berhubung melalui panggilan telefon, sms, chating dan sebagainya.

Percintaan sebelum berkahwin seperti yang dilakukan oleh segolongan masyarakat dan ditonjolkan dalam segala macam media sebagai suatu kemestian, suatu dunia yang penuh dengan keindahan dan keseronokan adalah sebenarnya penipuan belaka. Alam percintaan tidak mendedahkan hakikat diri yang sebenarnya. Masing-masing berusaha menunjukkan yang terbaik sahaja di hadapan pasangannya. Setelah berkahwin barulah terbongkar segala rahsia, segala perangai dan sikap buruk yang selama ini disembunyikan.

Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan. Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan  pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di  tempat suci dan terpencil. Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?
Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

Artikel dipetik dari Malaysia harmoni

Friday, 1 January 2010

Ujian

"Ketenangan itu milik hati-hati yang beriman agar bercambah benih hikmah dalam perlakuan. Orang yang banyak menderita, jiwanya kan perkasa dan orang yang selalu ditimpa kesusahan akan selalu ingat kepadaNya. Bertuahlah apabila IMANmu diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti. "


"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang berIMAN." (4:139)


"Wahai orang-orang yang berIMAN! Mohonlah pertolongan kepada Allah dengan jalan sabar dan solat. Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar." (2:153)

Faiza Faragtafansab


Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Alhamdulillah3x.."Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)"(94:7)..

Itulah yang saya sangat-sangat perlukan sekarang ni..Mujahadah n istiqamah..Balik ke Malayasia bukanlah bererti sebuah penamat..Tapi sebenarnya hanyalah sebuah permulaan yang sebenar..
"Ala tau, bukan la nak balik sangat kan"..Kata seorang adik saya..
"Bape lame plak nak cuti-cuti Malaysia ni"..Tanya pakcik saya pula..
Selalu rase nak belah badan..Kalau dulu-dulu belah badan sebab nak tinggalkan 1 kat Edin n Glasgow..Kalau sekarang pulak, rase nak tinggalkan 1 kat UK n 1 kat sini..Huhu..Tapi teringat pada seorang ukhti yang dekat di hati ni pernah cakap kat saya.."Akak, iAllah tula tempat yang terbaik Allah tetapkan tuk akak berada mase tu k..Sabar eh"..Jazakillah khair ukhti selalu ingatkan saya yang selalu terlupa ni..

Ukhti Fillah..
Pulangnya Angah bererti kembali..
Kembali bererti pasti..
Meskipun sebenarnya tak pernah pergi..
Yang sebenarnya selalu ada di sisi..

Widad Mu'nisah..
Terlalu banyak untuk dikongsi..
Sampai tak terungkap segala isi..
Rindu di hati semestinya pasti..
Ya Rabb, tautkan hati-hati kami..

Sinatul Hayah,
Antunna selalu dekat di hati..
Harapan untuk bertemu lagi..
Walau bukan di dunia ini..
InsyaAllah, di syurga Allah nanti..

InsyaAllah, semoga kita semua jadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dan bersbar akan setiap dugaan yang mendatang..Agar menjadi golongan yang beruntung..Fastabiqul Khairat..Doakan saya yea semua..Wallahua'lam..

"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."(29:69)












Thursday, 31 December 2009

Tahun Baru


Menyusuri lorong-lorong yang penuh liku,


mehnah hidup yang tak berkesudahan,


tetapi bahagianya ada di sepanjang perjalanan,


jika segala yang diusahakan demi menggapai redhaNya.




Aku merasa pelik apabila manusia bergembira menyambut kedatangan tahun baru. Kerana hatiku sayu dan amat pilu memikirkan masa-masa yang telah berlalu yang tidak kugunakan untuk mencari redhaNya. Hatiku meronta-ronta kepedihan apabila teringatkan umurku yang makin bertambah dengan kehadiran tahun baru ini. Di manakah dan dengan apakah masaku kelak bakal dihabiskan. Adakah untuk Islam atau hanya sekadar memenuhi nikmat duniawi yang takkan pernah cukup.


Aku lagi bertambah bingung apabila umat Islam bersungguh-sungguh menyambut kedatangan tahun Masihi berbanding tahun Hijri. Di facebook, masing-masing saling bertukar ucapan 'Happy New Year'. Di Malaysia, pelbagai konsert 'Ambang Tahun Baru' dihidangkan kepada para penduduknya yang makin hilang dalam nafsu keseronokan, tenggelam dalam nikmat keduniaan. Pada malam itulah maksiat berleluasa, dara menjadi korban nafsu serakah, arak menjadi penghilang dahaga dan jalan menjadi landasan perlumbaan mat-mat rempit.


Lihatlah September nanti akan banyaklah bukti kemaksiatan dan zina yang berlaku di malam "Tahun Baru" dengan banyaknya anak luar nikah yang lahir dan dibuang di sana sini. Sama jugalah dengan fenomena Ambang Kemerdekaan, akan banyaklah bayi yang tidak bernasab lahir di bulan Mei. Bukalah matamu hai manusia yang diberikan akal. Masyarakatmu makin hancur ditelan arus kebaratan.


Mungkin kamu sudah cukup baik, tetapi bagaimana dengan rakan-rakanmu yang lain? Bukankah telah dinyatakan dalam Al-Asr,


" Demi Masa, Sungguh manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk menjunjung kebenaran dan saling menasihati supaya bersabar."


Ya, sahabat, Allah telah bersumpah dengan masa bahawa kita akan berada dalam kerugian andai kita tidak berpesan ke arah kebaikan. Nak baik sorang-sorang bukan sikap seorang individu Muslim. Bagaimanakah bi'ah solehah boleh diwujudkan andai kita membiarkan kemungkaran berlaku tanpa kita berusaha menasihati si pelaku daripada terbeli dengan ajakan, bisikan sang "PENJUAL NAFSU".


"Katakanlah, aku berlindung kepada Tuhannya manusia;

Raja manusia;

Sembahan manusia;

dari kejahatan (bisikan) syaitan yang bersembunyi;

yang membisikkan kejahatan ke dalam dada-dada manusia;

dari golongan Jin dan MANUSIA."

(An-Nas: 1-6)


Ya, kita boleh jadi sang 'penjual nafsu' secara sedar ataupun tidak.

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لاَ يُنْقِصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

"Siapa yang mengajak kepada petunjuk maka untuknya pahala semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi pahala mereka sedikitpun. Siapa sahaja yang mengajak kepada kesesatan maka atasnya dosa semisal orang yang mengikutinya, hal itu tidak mengurangi dosa mereka sedikit pun."
(H.R. Muslim, Ahmad, ad-Darimi, Abu Dawud, Ibn Majah, at-Tarmidzi, Abu Ya'la dan Ibn Hibban)


Nak berpesan kepada diri sendiri dan mengajak yang lain juga untuk sama-sama kita amar ma'ruf wa nahi munkar. Marilah saling mengingatkan ke arah kebaikan menghalang kemungkaran sebagai tanda ukhuwah kita benar kerana Allah.

Wednesday, 30 December 2009

" Bahagia bukan di hujung jalan, tetapi di sepanjang jalan. It's not a destiny, but a journey. Orang yang bahagia tidak akan sempat bertanya apakah aku bahagia"


" Andai diri terasa lemah, bangunlah bermunajat kepadaNya. Dengan izinNya yang lemah mampu dilihat gagah, yang sedih terluka mampu dipandang ceria, yang resah gelisah mampu menjadi tenang. Sedikit pengorbanan selamanya kan terasa nikmatnya. Adakala Dia memberi sebelum sempat kita meminta, kerana dia lebih mengetahui perihal keperluan hambaNya selayaknya Dia sebagai tuan kepada hambaNya. Adakala pula Dia mengambil semula apa yang telah dikurniakanNya sebelum sempat kita bersedia kerana Dia ingin menguji keimanan hambaNya dan menaikkan darjat hambaNya yang bersabar dan kembali kepadaNya; merayu, merintih, dan meminta belas ihsanNya."


Tuesday, 29 December 2009

Winter, Snow & Mujahadah

Winter, Snow & Mujahadah..





Pertama kali melihat salji yang turun di depan mata,

Hatiku sebak, terharu, terasa luruh jantungku..

Aku terkedu sejenak memikirkan kasih sayang Allah kepadaku,

Lantas kuluahkan lembut Subhanallah, walhamdulillah..

Syukur ya Allah, atas nikmat nyawa yang Engkau beri,

Nikmat keberadaanku di bumi asing UK ini,

Aku masih lagi mampu menyaksikan satu lagi antara berjuta tanda kebesaranMu..

Lantasku tertanya, apakah ada ayatMu yang menceritakan titisan putih salji ini di dalam KalamullahMu.. Kerana ku telah seringkali diperdengarkan dan membaca tentang kebesaranMu dalam penciptan langit, bumi, siang, malam, laut, hujan dan sebagainya tetapi belum pernah aku meniti ayat berkenaan salji; mungkin kerana sebelum ini aku tidak merasai keindahan salji. Rupanya ada, Subhanallah.. Aku terkedu buat kedua kalinya..

Tidakkah engkau melihat Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) salji dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakanNya butiran-butiran salji itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan“ (An-Nur: 43)

Subhanallah, Astaghfirullah..

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan“ (Ar-Rahman)

Ya, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai manusia?

Musim sejuk yang kulalui buat pertama kalinya juga menduga sekuat mana mujahadahku melawan nafsu malas, makan, tidur. Kesejukan musim yang mana malamnya amat panjang ini menggalakkn hibernasi. Tidur dan makan menjadi agenda utama bagi kebanyakan manusia. Tetapi adakah di musim sejuk ini,segala aktiviti seharian menjadi terbatas, malas keluar berusrah, berdaurah, belajar, bermasyarakat. Adakah kita yang telah digalasi dengan tanggungjawab sebagai khalifah dah hambaNya mahu ikut berhibernasi seperti beruang putih di kutub utara? Adakah potensi diri juga mahu dibekukan di musim ini? Walhal, musim sejuk inilah kita diberi cuti, maka makin banyak pahala yang boleh direbut.

Tetapi ramai yang memilih untuk terus duduk dan tidak berbuat apa-apa. Melayan nafsu makan, tidur dan bermalas-malasan di atas katil, diselimuti duvet yang menghangatkan tubuh. Aku lalu teringat pada sebuah pesanan:

“Terlalu banyak makan, hatikan mati; terlalu banyak tidur, akalkan lembab; dan terlalu banyak bercakap maka akan banyaklah dosa kerana banyaknya salah dalam berkata-kata“.

Marilah bersama-sama memanfaatkan sisa-sisa masa dengan sebaiknya kerana kita tiada pengetahuan tentang bila masanya ajal akan tiba, lebih menyedihkan lagi apakah hujah kita dihadapanNya kelak apabila Dia bertanyakan dimanakah masa kita digunakan.

”Apabila kita tidak berbuat sesuatu, musuh kita (golongan Kufar) sedang berbuat sesuatu“