Winter, Snow & Mujahadah..
Pertama kali melihat salji yang turun di depan mata,
Hatiku sebak, terharu, terasa luruh jantungku..
Aku terkedu sejenak memikirkan kasih sayang Allah kepadaku,
Lantas kuluahkan lembut Subhanallah, walhamdulillah..
Syukur ya Allah, atas nikmat nyawa yang Engkau beri,
Nikmat keberadaanku di bumi asing UK ini,
Aku masih lagi mampu menyaksikan satu lagi antara berjuta tanda kebesaranMu..
Lantasku tertanya, apakah ada ayatMu yang menceritakan titisan putih salji ini di dalam KalamullahMu.. Kerana ku telah seringkali diperdengarkan dan membaca tentang kebesaranMu dalam penciptan langit, bumi, siang, malam, laut, hujan dan sebagainya tetapi belum pernah aku meniti ayat berkenaan salji; mungkin kerana sebelum ini aku tidak merasai keindahan salji. Rupanya ada, Subhanallah.. Aku terkedu buat kedua kalinya..
“Tidakkah engkau melihat Allah menjadikan awan bergerak perlahan, kemudian mengumpulkannya, lalu Dia menjadikannya bertompok-tompok, lalu engkau lihat hujan keluar dari celah-celahnya, dan Dia juga menurunkan (butiran-butiran) salji dari langit, iaitu dari gumpalan-gumpalan awan seperti gunung-gunung, maka ditimpakanNya butiran-butiran salji itu kepada siapa yang Dia kehendaki dan dihindarkanNya dari siapa yang Dia kehendaki. Kilauan kilatnya hampir-hampir menghilangkan penglihatan“ (An-Nur: 43)
Subhanallah, Astaghfirullah..
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan“ (Ar-Rahman)
Ya, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan wahai manusia?
Musim sejuk yang kulalui buat pertama kalinya juga menduga sekuat mana mujahadahku melawan nafsu malas, makan, tidur. Kesejukan musim yang mana malamnya amat panjang ini menggalakkn hibernasi. Tidur dan makan menjadi agenda utama bagi kebanyakan manusia. Tetapi adakah di musim sejuk ini,segala aktiviti seharian menjadi terbatas, malas keluar berusrah, berdaurah, belajar, bermasyarakat. Adakah kita yang telah digalasi dengan tanggungjawab sebagai khalifah dah hambaNya mahu ikut berhibernasi seperti beruang putih di kutub utara? Adakah potensi diri juga mahu dibekukan di musim ini? Walhal, musim sejuk inilah kita diberi cuti, maka makin banyak pahala yang boleh direbut.
Tetapi ramai yang memilih untuk terus duduk dan tidak berbuat apa-apa. Melayan nafsu makan, tidur dan bermalas-malasan di atas katil, diselimuti duvet yang menghangatkan tubuh. Aku lalu teringat pada sebuah pesanan:
“Terlalu banyak makan, hatikan mati; terlalu banyak tidur, akalkan lembab; dan terlalu banyak bercakap maka akan banyaklah dosa kerana banyaknya salah dalam berkata-kata“.
Marilah bersama-sama memanfaatkan sisa-sisa masa dengan sebaiknya kerana kita tiada pengetahuan tentang bila masanya ajal akan tiba, lebih menyedihkan lagi apakah hujah kita dihadapanNya kelak apabila Dia bertanyakan dimanakah masa kita digunakan.
”Apabila kita tidak berbuat sesuatu, musuh kita (golongan Kufar) sedang berbuat sesuatu“
2 comments:
salam,
wah, pandai sungguh korang menulis eh... apsal eh kartun yana tu takleh nak komen? bile dia nak sambung nih?? tak sabau!huhuhuh
ahaks..siapakah yg pandai menulis kalau bukan our muharikah..ahaks..
Post a Comment