Bismillah…
Ayat-ayat cintanya tertulis,
Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikan lah kabar gembira kepada orang yang sabar 2:155
Iaitu orang-orang yang bila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) 2:156
Kita sebagai manusia tidak akan pernah menjalani kehidupan tanpa musibah-musibah yang menimpa. Itulah hakikatnya kehidupan manusia, satu hari kita akan senang, bergembira, tanpa sebarang permasalahan…. tapi esok lusa siapa yang tahu?
Jadi apabila musibah itu menimpa, adakah kita akan terus dalam kekecewaan dan hidup hilang arah tujuan? Apakah baik kesudahannya nanti kalau kita terus begitu? Hrmphhh.
Tapi,ingatlah dia tak akan pernah biarkan kita sendiri bukan. Dia akan sentiasa mengikut sangkaan hamba-hambanya kepadanya. Dan tambahan lagi dia yang maha pengasih dan maha penyanyang memberi panduan dalam ayat-ayat cintanya, apakah yang boleh kita lakukan apabila ditimpa sesuatu musibah?
Pertama adalah sabar. Hanya dengan sabarlah, baru kita dapat duduk berfikir, mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang terjadi. Hanya dengan bersabarlah kita tak akan bertindak sesuka hati melakukan perkara-perkara yang kononnya dapat mententeramkan jiwa dan menghilangkan permasalahan seketika. Tapi apakah baik kesudahannya nanti apabila kita bertindak sesuka hati, di saat diri sangat-sangat dalam keadaan sedih dan tertekan? Jadi, marilah kita cuba sebaik mungkin untuk bersabar dengan musibah yang menimpa. Yakinlah di setiap kesulitan pasti ada kemudahan.
Dan yang kedua dan terakhir, ingatlah hanya padanya kita kembali. Bila di fikir-fikirkan, setiap permasalahan yang kita hadapi pasti ada penghujungnya bukan. Cuma payah mana kita menghadapanya, hanya dia yang maha mengetahui. Apa yang pasti, adakah permasalahan-permasalahan dunia yang kita hadapi akan di bawa mati? Hrmphhh. Ingatlah hanya padanya kita kembali….
Ya rabb, kuatkanlah diri ini, ampunkanlah dosa-dosa ku dan kurniakanlah rahmat diri sisi mu. Amin
p/s: To my friends, Jazakillah for the support
2 comments:
comel la Tahzan...
sabar..sabar..sabar..
Ujian itu untuk dekatkan lagi diri pd Allah
kuatlah sahabat..kita sememangnya sentiasa diuji
Post a Comment