Wednesday, 26 May 2010

Cerita Jaulah (my Fruhling, Kiez Frauensee 2010)


Bismillahirrahmanirrahim..

"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan" 67:15


Alhamdulillah 3X, diri ini diberi rezeki untuk menjelajahi buminya. Empat hari yang penuh bermakna dengan kesempatan untuk bersama-sama berprogram di berlin, germany. Perjalanan yang sebenarnya tak dirancang, yang diri ini rasakan sangat-sangat 'Full of suprises' dan indah apabila tawakal hanya kepada-Nya (Jazakillah kepada yang mengajak). Secara jujur inilah jaulah pertama keluar dari bumi UK, banyak perkonsian yang inigin dikongsi sebab tak tergambar perasaan bahagia dengan nikmat pengalaman baru ini. Moga-moga, diri ini sentiasa menjadi hambanya yang bersyukur, amin.


Kami tiba di berlin, terlambat sikit dari yang dijangkakan, sebab 'Flight delay' tapi alhamdulillah kami tak terlepas 'train' dan 'bus' yang sepatutnya kami ambil sebab berjalan macam 'road runner'...Hihi. Tiba je di 'bus station', terkejut sangat sebab ramainya 'backpackers' budak-budak punk yang nak ambil bas yang sama dan kebetulan ke 'camp site' yang sama dengan kami (rupa-rupanya budak-budak punk tu ada 400 orang yang nak berkhemah untuk konsert). Hari pertama tak ramai lagi sisters yang tiba, ada dua-tiga dari UK, france dan german. Itulah pertemuan pertama dengan mereka tapi rasa macam dah kenal lama sangat, senang je kami berborak itu ini. Malam pertama tuh kami hanya tadabur Surah Ibrahim, kami baca "selembar" seorang bak kata akhi rizza dan kongsi apa yang dapat kami hayati. Yang paling ingat adalah perkongsian seorang ukhti dari France, katanya....."Sedar tak ada banyak doa-doa Nabi Ibrahim a.s yang disebut dalam Al-quran, macam dalam ayat 35-41". Dalam doa-doa Nabi Ibrahim a.s, bayak disebutkan untuk keturunannya, ibu-bapanya dan umat-umat yang seterus. Jauhkan pandangan Nabi Ibrahim a.s dalam doa-doanya. Lewat malam tuh juga semua sisters german yang lain tiba.


Keesokan paginya barulah dapat jumpa semua sisters german yang tiba lewat malam sebelumnya, sekali lagi rasa macam dah lama kenal dengan semua. Sister-sister german terus taarufkan diri, dan sekali lagi senang je kami berborak itu ini:-). Pada saat tu, terasa benar kata-kata "ukhuwwah itu indah bila dasarnya cinta ALLAH". Wallahua'lam. Pagi itu kami ada tazkirah tentang Saad bin Abi Wakas dan Musab Bin Umair. Sedikit kisah Saad bin Abi Wakas;
Keislaman beliau di tentang sehabis-habisnya oleh ibu tercinta yang membantah dengan cara tak nak makan selagi anaknya tak kembali pada ajaran nenek moyang, tapi jawapan Saad "Cintanya pada ALLAH dan Rasulallah s.a.w adalah jauh lebih tinggi daripada cintanya kepada ibunya", yang akhirnya membuatkan ibunya terpaksa akur dengan pendirian anaknya.


Kemudian ada slot tadabur Surah Ibrahim dengan audio misyary al-afasy baca Surah Ibrahim penuh penghayatan, masa tuh rasa sangat-sangat jauhnya diri ini sebab tak mampu nak menangis macam bacaan misyary al-afasy. Dalam slot tuh, akhi rizza tambah sikit tafsiran Syed Kutub Surah Al-Anfal (8:2);

3 ciri-ciri orang beriman adalah


  1. apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya
  2. apabila dibacakan ayat-ayatnya makin bertambah imannya
  3. dalam setiap urusannya diletakkan tawakal hanya kepada ALLAH

Akhi rizza pesan, nak tahu kita beriman atau tak, muhasabah balik diri ada tak tiga perkara ni. Seterusnya petang tuh ada 'talk show' antara kak Mar dengan Ukhti Azizah, ini bagiku adalah pengisian yang paling bermakna, sebab belum pernah diri ini berpeluang melihat depan mata dan mendengar perkongsian dari seorang yang 'revert to Islam'. Subhanallah, hidayah itu benar-benar milik-Nya yang diberi pada yang dikehendaki. Secara ringkas, Ukthi Azizah berbangsa german yang sebelumnya pernah menganut agama kristian dan budha, tapi Alhamdulillah dah memeluk Islam baru tiga tahun dan dah berkahwin dengan seorang akhi Indonesia. Melihat Ukhti Azizah banyak mengetuk diri, betapa jauhnya lagi diri ini, sebab ternyata izzahnya Ukhti Azizah pada keIslamannya jauh lebih hebat. Ukhti Azizah yang baru memeluk Islam dah mampu memahami bahasa arab iaitu bahasa Al-quran dan melihat penampilannya saja dah cukup menunjukkan cintanya pada Islam. Ukhti Azizah ada berpesan dan nak sangat-sangat kongsi dengan semua;

  1. Kita walaupan dah Islam jangan pernah MALAS mencari ilmu, teruskanlah mempelajari Islam yang sebenar-benarnya.
  2. Jumpa orang, sesiapa pun kenalah sentiasa SENYUM, sebab itulah dakwah yang terbaik yang buat orang rasa senang dengan kita.
  3. Gunakan ilmu-ilmu lain yang kita ada untuk berhujah dalam dakwah, contoh macam guna bukti-bukti sains yang kita tahu yang dah tertulis dalam Al-quran dan sebagainya.



Astaghfirullah 3X. Maaf jika ada tersalah kongsi. Sampai sini dulu, insyaALLAH bersambung lagi nanti.


Tuesday, 11 May 2010

Menjauhi dosa dan maksiat untuk Qiyamullail

Bila baca ni terasa insaf dalam diri, diantara sebab diri sangat susah bangun qiyamullail. Ya Allah ampunkanlah dosa kami, hindarilah kami dari melakukan maksiat..Astagfirullah..astagfirullah

*****************************************

Apabila seseorang Muslim ingin mencapai kemuliaan bermunajat kepada Allah Taala dan menyepikan diri dengan berzikir kepadaNya ketika kegelapan malam, maka dia hendaklah menjauhi perbuatan dosa. Barangsiapa yang dirinya dikotori dosa-dosa, ia tidak akan diberi hidayah untuk berqiyamulail.

Seorang lelaki berkata kepada Ibrahim bin Adham: "Aku tidak mampu untuk berqiyamulail,maka tolong sebutkan kepadaku penawarnya. Lantas Ibrahim bin Adham menjawab :

"Janganlah kamu melakukan maksiat pada waktu siang, nescaya Allah akan membangkitkan kamu di hadapanNya pada waktu malam. Sesungguhnya berdirinya kamu dihadapanNya pada waktu malam adalah antara kemulian yang besar dan penderhaka (yang melakukan maksiat) tidak berhak atas kemuliaan itu"

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Hassan Al Basri "Wahai Abu Said, Sesungguhnya aku bermalam dalam keadaan sehat dan aku cintakan qiyamullail.Dan aku menyediakan air wudhukku, namun mengapa aku tidak bangun?" Maka Hassan Al Basri menjawab,

"Dosa mu telah mengikatmu"

Beliau juga pernah berkata, " Sesungguhnya seorang hamba akan melakukan dosa lalu dia kan diharamkan qiamulail dan jugadiharamkan puasa pada siang hari dengan sebabnya(sebab dosa)"

Fudhail bin Iyadh menyebut: "Apabila kamu tidak mampu untuk bangun qiamullail dan berpuasa siang hari maka ketahuilah bahawa kamudiharamkan dberatkan.Diberatkan oleh dosa-dosamu.

(Dipetik daripada buku Indahnya saat-saat bersamaMu Panduan Praktikal Qiyamulail, karangan Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani dan Ustaz Zahazan Mohamed)