Friday 9 April 2010

Sharing semasa SCUK '10

Pertama kali ku mendengar perkataan Spring Camp dari naqibahku, dalam hatiku terucap "nak buat ape ye kat Spring Camp ni?” Wallahualam, aku hanya mengikut dgn taatnya.

Alhamdulillah ,bile smpi jer tempat tuh di Bromsgrove Birmingham, MasyaAllah,best sgt2. Ku lihat tanah yang luas, kehijauan merata-rata dengan matahari yg teriknya. Disebabkan kotigen Scotland merupakan salah satu kotigen yg dtg awal ke situ, apa lagi buatlah aktiviti sendiri iaitu main Frisbee bersama sisters lain.hehehe..sudah lamaku tak berpeluh krn jarang keluar ber’riadah’ di Glasgow krn cuacanya yg sgt sejuk! Alhamdulillah, sambil main2 tuh, makin ramai la sister-sister dr lokaliti lain yg sampai. Kami pun berhimpun utk menjalankan aktiviti ‘ice breaking’. Selepas ice breaking, berpecah kami kedlm kumpulan masing2.

Dalam pengisian pertama, yang disampaikan oleh ustaz Mazrul mmg sangat syok. Bukan setakat personalitinya yg selamba (dgn memakai snow hat) yg mecuit hati tp beliau sering kali mengkaitkan pengisian dgn kehidupan peribadinya. Dalam introductionnya, beliau mengingatkan yg kita semua kena duduk dlm sistem :- keluarga, usrah, kerja etc. Ini kerana manusia sering lupa, Allah mengajar kita supaya beristiqamah.Kerana kalau kita duduk didlm sistem, akan ade sentiasa seseorang yg mengingatkan kita. Apabila ku mendengar kata2 itu, terus ku teringat kembali beberapa hari lepas apabila aku sedang berperang utk menghadapi peperiksaan. Waktu itu aku keluar dr sistem sekejap, aku menutup semua tirai komunikasi dgn org luar. Akhirnya, aku merasakan diriku futur sekejap. Astagfirullah, ampunkan hambaMu.

Selepas itu, ustaz menceritakan serba sedikit tentang Himpunan Risalah by Hasan Al-Banna. Ustaz menekankan bagaimana kita nak buat dakwah ni. Bile kita start dakwah ini, perlu rasa SYU’UR iaitu meletakkan Allah didlm segala-galanya. Kadang2 tuh, terpikir jugak adakah aku ni bile nk berdakwah, cukupkah pergorbanan yg ku telah buat? Cukup yakinkah aku? Selepas ustaz menjelaskan panjang lebar kepentingan dakwah semua, barulah masuk tajuk utama, ‘Nahnu A’maliun’ (carilah maknanya dlm google). Mungkin skrg ni tak rase sgt sbb diriku masih belajar lagi tp after a few year, mgkn pengisian ini sgt bermakna bgku. Dakwah ini adalah bekerja siang malam tanpa mengharapkan apa2 balasan atau sanjungan dr. sesiapa malainkan Allah. Seperti firman Allah,
“….aku hanya bermaksud (mendatangkan) perbaikan selama aku masih sanggup. Dan petunjuk yang aku ikuti hanya dari Allah. Kepada-Nya aku bertawakal dan kepada-Nya pula aku kembali.” (Hud:88)

Kita mesti concern cara kita berkerja iaitu tak boleh taksub dan mestilah merendah diri sentiasa. InsyaAllah. Rakan2 ku! ingatlah aku especially apabile aku menjadi CEO Company Islam suatu hari nnt. Hehehe..:) Satu perkara yg ku ingat sangat2 dlm pengisian itu adalah cara pemilihan ketua berdasarkan Hasan Al-Banna, “pilihlah orang yg paling lemah diantara kamu dan sokonglah dia”. Akhir kata, ustaz pun menyarankan kpd kami semua sisters iaitu binalah RIJAL (pemuda2 islam) kerana pembinaan Rijal itu umpama sebuah enjin yg berguna utk manfaat umat. Jadi, pembaca-pembaca semua, binalah enjin yg bermanfaat!eerr.. maksudku, AR-RIJAL!!

Pengisian kedua iaitu tafsir surah abasa yg disampaikn oleh akhwat. Ya Allah, rasanya aku sudah menghafal surah ini sejak darjah 4 lagi tetapi ku tak mampu nak extract ape2 pengajaran pun dr surah ini. Alhamdulillah,dgn izinNya masih tak terlambat lagi. MasyaAllah apabila baca btul2 surah ini, sgt cantik susunannya, sungguh teratur. Cuba kamu yg tgh membaca blogku skrg ini , buka al-quran skrg dan tgk surah Abasa (surah ke-80), bacalah maksud setiap ayat yg dibaca btul2. Pendek je sebenarnya surah ini. Ada 4 mesej yg utama yg disampaikan; ayat 1 – 16 tentang kisah Abdullah bin Ummi Maktum, ayat 17 -23 menceritakan tentang ciptaan manusia, ayat 24-32 pulak menceritakan tentang nikmat Allah dan akhir sekali ayat 33 – 42 menceritakan tentang hari Kiamat. Okla, cerita dia mula2 mengisahkan tentang seorang hamba Allah ni bernama Abdullah bin Ummi Maktum,dia seolah2 sering kali menggangu Rasulullah ttp dia sebenarnya adalah seorang yg buta. Rasulullah ketika itu sedang berdakwah dgn pembesar2 di suatu tmpt ni. Sbb kena slalu ganggu kena si Abdullah ni, Rasulullah pun bermasam muka. Yelakan, Rasulullah tgh sibuk nk berdakwah kpd pembesar2 lg, yg si buta ni menyibuk je kan. Lalu Allah pun menurunkan ayat 1 hingga 16 utk menegur Rasulullah. Bayangkan, Rasulullah pun kena tegur direct oleh Allah kan tp Rasulullah tak simpan kat diri dia je kan. Kalau kita, kita kena tegur skit oleh mak naqibah kita, mesti kita malu2 pastu simpan je kan, tak nak britahu sape2. Ttp bkn Rasulullah, beliau terima teguran tersebut sebagai amaran dan beliau menyampaikan kpd kita supaya jgn buat mcm tuh. Pengajaran dr ayat 1 hingga 16 ini sgt la bykkan. Kita semua boleh fikirkan ape dia,InsyaAllah. Ayat dari 17 hingga 23 tuh pulak sungguh cantik.Subhanallah, sebelum org kafir dpt figure out mcmana manusia ni tercipta dr kajian scientific dorang tuh yg sbnrye manusia ni diciptakan dr setitis air mani. Padahal Allah sudah menceritakan ttg perkara ni beribu-ribu tahun dahulu. Slps tuh, ayat 24 hingga 32 menyuruh kita melihat dan memerhati nikmat2 yg diberi olehNya. Wallahualam, ayat2 ni muhasabah bg kite semua. Adakah kita benar2 mensyukuri nikmat2 yg diberi oleh Allah.?Nikmat makanan, nikmat nyawa, nikmat dpt belajar, nikmat bergembira, nikmat berkeluarga, nikmat ada kawan dll. MasyaAllah, list nikmat2 tuh boleh pjg lagi kan tp adakah kita benar menjalankankan tanggungjawab kita sbg muslim yg benar2 bersyukur??Wallahualam, tanyalah diri sendiri ye. Lastly, ayat 33 hingga 42 menceritakan ttg hari kiamat kan, tentang keadaan org2 yg beriman berwajah gembira dan org kafir berwajah masam.Hah!mana yg kita nak kan??mestilah kita nk berwajah gembira bila hari kiamat kan?? So, conclusionnya, surah ini sungguh tersusun kan. Kalau kita perasan,surah ini sbnrnya menceritakan ttg proses kitaran hidup manusia. Saat kita diciptakan dan berada didlm perut mak kita, menjalankan tanggungjawab kita sbg muslim utk mmberi peringatan, diberi nikmat dan akhirnya, saat kita dikumpul pada hari Kiamat dan dihisab mengikut dosa2 pahala2 kita. Wallahulam, maka tamatlah perbincangan kita.hehehe..insyaAllah sesiapa nk tambah kea tau nk komen, dipersilakan.

Alhamdulillah, overall program spring camp sgtlah BESTTTTT!!Bukan setakat dpt pengisian2 yg best kan, tp dpt manjalinkan ukhuwwah yg rapat bersama sister2 yg dtg dari negeri2 lain walaupun program hanya berlangsung selama 3 hari. InsyaAllah smpi sini je kot, nnt nak smbg lagi cerita psl jln2 kat Warsaw, Poland. Stay tuned.ceh..hehehe..:)

wallahulam,
arinah@warsaw

2 comments:

Anonymous said...

salam,

wah arinah! sempat tu update blog!! tak sabarnya nak dengr cerita warsaw!! update ok!!!!!

miss u!!

cassandra 'ashiq said...

wah3..k.aisyah misses arinah..thanx arinah for sharing what u've got there..sedihnya xdpt g program ms spring..huhuhu..

Post a Comment