Bismillahirrahmanirrahim…
“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati….” 25:63
Ingat tak widad mu'nisah, kita pernah dapat tafsir ni masa awal-awal tahun dulu? Ingat tak kita pernah duduk sama-sama belek ayat 63-74 cuba list down satu persatu ciri-ciri hamba Tuhan Yang Maha Pengasih. Masa tuh ‘k.h…’ layan je kita punya gelak tawa, layan je lontaran-lontaran fikiran kita, dia mesti kata “hah betul-betul takde apa yang salah”. Masa list down satu persatu ciri-ciri tuh terdetik tak dalam hati, Alhamdulillah kita tak mempersekutukan Dia, tak membunuh orang yang diharamkan, tak berzina, tak memberi kesaksian palsu. Even more, insyaAllah kita bertobat, kita kerjakan kebajikan, kita infakkan harta secara wajar, kita hidupkan waktu malam, dan kita always doa dua doa ni;
“Ya Tuhan kami, jauhkanlah azab Jahanam dari kami, kerana sessungguhnya azabnya itu membuat kebinasaan yang kekal” 25:65
“Ya Tuhan kami,anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.” 25:74
Tapi semalam bila dapat sharing from 'k.A..' ayat ni;
“Adapun hamba-hamba Tuhan Yang Maha Pengasih itu adalah orang-orang yang berjalan di bumi dengan rendah hati….”25:63
terus rasa “oh, I am not His ibadurrahman yet, I am still far away from His syurga, and oh tak layaknya nak dapatkan penghormatan salam nanti 25:75” Sebab hamba-hamba yang berjalan di bumi dengan rendah hati ni, hanyalah hamba yang dah laksanakan dua tujuan hidup dekat muka bumi ni. First yang dalam 51:56 and second yang 2:30.
Tujuan hidup yg pertama moga-moga tertunai dalam rukuk dan sujud walaupun banyak lagi tak sempurna, macam bacaan tak betul lagi, makna ucapan dalam rukuk dan lain-lain tak hafal lagi, wuduk kadang-kadang tak sempurna, and masih tak capai lagi khusyuk dalam solat tuh.
Tapi, tujuan hidup yang kedua nih sebenarnya yang lagi besar, yang lagi penting dalam zaman Jahiliyah sekarang ni, yang memang satu kewajiban, yang sendiri rasa tak buat lagi. Which is, to be a Khalifah kat muka bumi ni. To be a Khalifah bukan yang hanya setakat protect haiwan dan tumbuh-tumbuhan. But to be a Khalifah yang menyeru manusia lain kembali kepada penciptaNya, yang menyeru manusia lain to be His real hamba, yang menyeru manusia lain menyembah hanya Dia bukan yg selain dariNya (artist,pelakon,icon tuh icon nih,musician..etc2). Even worst sendiri terus rasa I have that ciri-ciri yang bukan hamba Tuhan Yang Maha Pengasih sebab dah bersikap tuli dan buta apabila diberi peringatan 25:73, Nauzubillahminzalik .....
Astaghfirullah3x
p/s: kita doakan each other ye, hope that kita semua sentiasa diberi kekuatan dari Dia untuk tetap pegang kuat pada tali agama kita, tak kiralah kat mana ceruk muka bumi kita berjalan. Doakan kita tetap thabat dan istiqamah sampai akhir nafas. dan Doakan kita diberi kekuatan untuk laksanakan tanggungjawab yang besar ni.
Wallahua’lam